Wednesday, February 23, 2011

Program Medaniaga Bistari 2009

PROGRAM MEDANIAGA BISTARI 2009

Tarikh : 3,4,5 JULAI 2009
Hari : RABU, KHAMIS, JUMAAT
Masa : 8.00 - 5.30 PETANG
Tempat : PLAZA KOTARAYA JOHOR BAHRU

Guru Pengiring :
i)PN NORZALMILA BINTI ZAHARI
ii) PN NORARBA’AYAH BT RAMLI
iii) CIK NURUL SALIME BT TAHARIM

Bilangan Peserta : 11

Laporan aktiviti :

Kelab Tunas Bistari SMKTDS telah menyertai Program Medaniaga peringkat daerah pada tarikh dan hari seperti di atas. Dalam program tersebut Kelab Tunas Bistari SMKTDS atau dikenali sebagai DS Corporation telah menjual produk Cendawan dan Kraftangan. Jualan amat memberangsangkan.
Dalam program tersebut, pelbagai pertandingan telah diadakan.
Antara Anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Gerai Terbaik, Anugerah Produk Kreatif, Anugerah Promosi dan Pemasaran Terbaik, Anugerah Kewangan Terbaik dan Anugerah Gerai Terbaik Keseluruhan. Memandangkan Syarikat kami kali pertama menyertai program ini berbanding sekolah lain, kami tidak memenangi Anugerah yang dipertandingkan.
Walaubagaimanapun, Syarikat kami telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Iklan Syarikat.

Masalah yang dihadapi :
Masalah yang dihadapi adalah dari segi pengangkutan. Terpaksa menggunakan khidmat daripada guru bukan penasihat kelab bagi mengangkut pelajar. Selain itu kurang persediaan daripada ahli dan kelewatan penerimaan surat penyertaan daripada Johor Corporation.

Ulasan guru penasihat :
Guru penasihat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh ahli selama 3 hari dalam program tersebut. Syarikat akan cuba mengatasi kelemahan dan cuba untuk memenangi anugerah yang dipertandingkan pada tahun depan.

Laporan disediakan oleh,
Pn Norzalmila Zahari

SENARAI NAMA AHLI KELAB TUNAS BISTARI SMK TAMAN DESA SKUDAI
YANG MENYERTAI PROGRAM MEDANIAGA BISTARI 2009

1)Muhammad Arif Bin Abd Ghani
2)Ismail bin Abu bakar
3)Mohd Fuad Akmal bin Selamat
4)Mohd Hafiz bin Zainorabidin
5)Mustahfizurahman bin Mustafa Kamal
6)Muhd Khairul Faizal bin Mohd Salleh
7)Haziq bin Arshad
8)Eddy Ikmal bin Jamaluddin
9)Amir Ashraf bin Amir Hamzah
10)Lutfi Alif bin Rosli
11)Mohd Syazwan bin Sazali

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails